
Mata-Mata Sakti (Strings & Piano Version)
[Verse 1] Beralaskan kertas hitam, Bernotakan dakwat hitam. Tak dibaca oleh mu, Tak diendahkan oleh mu, Hanya mata-mata sakti yang bisa membacanya. (bisa membacanya...) [Verse 2] Dakwat yang sama, cuma mata pena yang berbeza, Ada yang mewah, ada yang biasa. Masing-masing berebut menukilkan rasa hati, Menarik perhatian mata-mata sakti. (mata-mata sakti...) [Pre-Chorus] Kiranya nukilan tidak diendahkan, Maka lukisan indah pula digoreskan. Tertumpu mata-mata sakti meneliti keindahan goresan itu, Sehingga ada yang cuba menjual mimpi. (menual mimpi...) [Chorus] Namun ku tetap dengan pendirian ku, Hanya menukilkan isi hati secara ikhlas, (secara ikhlas...) Sekali sekala ku persembahkan lukisan yang samar, Kerana ku masih melindungi apa yang perlu. [Bridge] Biarpun ada yang sudi melihat atau tidak diendahkan, Dan mungkin mencakar nukilan ku kerana pandangan yang kabur... (pandangan yang kabur...) [Chorus] Namun ku tetap dengan pendirian ku, Hanya menukilkan isi hati secara ikhlas, (secara ikhlas...) Sekali sekala ku persembahkan lukisan yang samar, Kerana ku masih melindungi apa yang perlu. (melindungi apa yang perlu...) [Outro] Aku akan tetap menukilkan isi hati ku, Di kertas hitam itu dengan dakwat yang hitam... (Ya, dengan dakwat yang hitam...) (Ooo... hitam...) [End]

