
ketika senja berlabuh meninggalkan mega mega jingga sebelum kelam gelap menjemput malam yang dingin angin sepoi bahasa melayangkan daun daun kekeringan terbanglah ia menurut saja panduan bayu menghembus ku duduk dibangku itu di berdepan tasik itu tenang airnya amat mendamaikan namun seperti ia menyelimuti perasaanku yang bergelora menahan rinduku ooooooo entah kenapa bayangan dirimu menyelinap kedalam mindaku membuat emosiku tetiba berubah menjadi sayu dan pilu (chorus) Kuharap kau jua merinduiku seperti mana aku disini biarpun sejenak biarpun seketika begitulah harapanku banyak kenangan kita yang dikongsi bersama ku harap kau juga begitu Kerana amarah mu dan hilang pertimbanganmu kau pergi dariku begitu saja suatu tempoh dan waktu yang begitu lama sehinggakan ku tak sedar masa lalu kian melabuhkan tirainya (chorus) Kuharap kau jua merinduiku seperti mana aku disini biarpun sejenak biarpun seketika begitulah harapanku banyak kenangan kita yang dikongsi bersama ku harap kau juga begitu namun sebelum tiba mataku tertutup ku harap engkau hadirkan dirimu sekadar untuk aku memulihkan persengketaan antara kita.... oooooo aaaaaaa

