
Peliharalah alam agar lestari, Usah dimusnahkan usah dicemari, Biarkan pohon tegak berdiri, Menghalang terik sinar mentari. Jagalah alam sepanjang masa, Anugerah Tuhan yang Maha Kuasa, Khazanah alam hargai sentiasa, Usah biarkan rosak binasa. Kitar semula kita amalkan, Flora dan fauna usah dikorbankan, Aktiviti pencemaran kita elakkan, Teknologi hijau kita utamakan. Wahai semua rakan sekalian, Marilah kita capai impian, Dalam kehidupan sehari-harian, Cintailah alam pelihara kelestarian.

